Gerakan Belia 4B Malaysia ditubuhkan khusus untuk mencapai matlamat perjuangan golongan muda bersama-sama kerajaan dalam membina negara bangsa tanpa mengira kaum, agama dan budaya seiring dengan pembangunan negara yang berkembang pesat. Gerakan ini (pada awal penubuhannya) adalah gabungan 11 buah persatuan belia di Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk menumpukan kegiatan belia dan mendapat sokongan padu dari Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan. Moto 4B BERGERAK ! Semangat berkobar-kobar memperjuangkan cita-cita dan sebagai simbol menunjukkan jiwa 4B yang dinamis, progresif, radikal dan menggugat. Apakah Itu 4B Diilhamkan oleh Dato' Abdullah Malim Baginda yang bermaksud: Bersatu - penyatuan meliputi bidang rohani dan jasmani Belajar - asas penting untuk mencapai cita-cita dan kesempurnaan Bekerja - tindakan bagi menlaksanakan sesuatu rancangan Berkhidmat - semangat sukarelawan untuk mencapai cita-cita dan perjuangan masyarakat 4B ialah singkatan nama bagi cogankata Bersatu, Belajar, Bekerja dan Berkhidmat ini menjadi tunjang perjuangan pertubuhan ini. Merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 1965 dan dipimpin oleh saudara Mohs Kassim Shah selama tiga tahun (1965-1969). Konsep 4B sangat bersesuaian dengan agenda pertubuhan yang menumpukan dalam bidang perniagaan dan pertanianpada awal penubuhannya. Persepakatan ahli jawatankauasa pengasas pergerakan serta menyahut seruan kerajaan yang mahu membela nasib orang Melayu dalam dua bidang ini. Motto utama 4B ialah ‘ Bergerak’.
Perkataan ‘Gerakan’ diperolehi oleh saudara Mohd Kassim Shah melalui pembacaan beliau. Manakala ‘4B’ terhasil dari konsep ‘4H’ ilham dari saudara Abdullah Malim Baginda. Tujuan penting penubuhan adalah mengajar, melatih serta menggerakkan tenaga belaia di luar Bandar untuk mengusahakan sebarang peluang dalam bidang social dan ekonomi disekeliling mereka.
Tahun 1856 bermulanya kelab ‘4H’ di New York dan ia meluas keseluruh Amerika, Eropah, Amerika latin dan Asia. Konsep ‘4H’ meluas ke Asia Tenggara pada 1957 dalam Far Eastern Youth Conference di Bangkok, Thailand di atas tajaan United State Operational Mission in Thailand, iaitu sebuah badan awam Amerika. Di Malaysia, penerimaan konsep ‘4H’ melalui ‘4B’ setelah 9 tahun berlansungnya persidangan itu.
FALSAFAH PERGERAKAN BELIA 4B MALAYSIA
Selepas merdeka, falsafah pertuhuhan ini ialah untuk memperjuangkan dan menyatukan belia dalam menyahut cabaran kemerdekaan yang baru dicapai untuk menyempurnakan kemudahan prasarana dan keperluan ekonomi terutamanya bagi golongan belia Melayu yang tinggal di kawasan luar bandar. Bagi golongan bukan Melayu mereka tidak didiskriminasikan untuk turut serta menikmati prasarana yang diwujudkan.
Selepas tahun 1985, falsafah pergerakan ini telah berubah menjadi satu falsafah yang selaras dengan pembangunan negara iairu untuk memimpin belia Malaysia supaya menjadi belia yang berketrampilan yang boleh memberi sumbangan dalam membangunkan negara.
Gerakan Belia 4B merupakan sebuah pertubuhan yang memenuhi perlembagaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Gerakan Belia 4B mempunyai tiga peringkat penubuhannya yang bermula dengan peringkat daerah, negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan yang akan mengadakan mesyuarat agung setiap tahun. Pada peringkat penubuhannya ahli belia 4b berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun.
PERTANDINGAN BELIA KUGIRAN 2010
14 years ago